Assalamualaikum,
Bermula daripada 23-30 November 2014, aku dan Rinto and beberapa kenalan yg lain berada di Sumatera Selatan untuk acara Musi Triboatton 2014. Acara lumba yang menggabungkan Rafting, Kayak dan juga Perahu Naga.
 |
| Bergambar bersama di Bandara Sultan Mahmud Badaruddin II |
Ini adalah antara pengalaman yang tak akan dilupakan. Pertama kali juga aku mewakili negara Brunei dan bukannya Malaysia untuk acara ini. Pelik tapi benar. Bagi aku acara ini dijalankan oleh pihak kementerian perlancongan Indonesia adalah bertujuan untuk mempromosikan Sungai Musi.
 |
| Sarapan pagi di Pagar Alam |
 |
| Ladang Teh berlatarbelakang Gunung Dempo |
 |
| Bersama anak-anak Tanjung Raya |
 |
| Berehat selepas acara Rafting |
Walaupun Sg Musi tidaklah bersih tetapi ia adalah suatu yang amat penting bagi penduduknya yang tinggal di pinggir sungai. Sungai itu juga yang menjadi tempat mereka mandi, buang air, membasuh dan sebagainya. Aku bersyukur kerana keadaan di Malaysia yg lebih baik dari segi kemudahan asas ini.
 |
| Tandas yang 'open air' |
 |
| Inilah dunia mereka |
 |
| Kepentingannya masih diperlukan |
 |
| Merasa gulai Sekayu |
Aku pelik dgn diri aku bila disana. Secara automatiknya pertuturan aku berubah bila berbual. Pak, pokoknya, makanya, gitu sih, yakan antara bahasa yg sering aku ucapkan. Hahahha..Apapun, aku dah mula rasa cinta dengan Indonesia. Mungkin disebabkan bahasa dan budaya lebih kurang sama seperti di Malaysia.
 |
| LO kami dihadapan ; Lutfi |
Inilah antara memori dan pengalaman di tahun 2014 yang takkan dilupakan. Kegembiraan dan kesedihan sentiasa akan datang pada kita kan. Aku cuba membina kekuatan dalam diri walaupun kadang2 ia datang tak diduga. Bayangan lalu menerjah jika melihat sesuatu perkara yang pernah dibuat dahulu.
'Rasa tak pernah pergi dan sepertinya takkan terganti'
Cerita penuh ada di
KamiBudakKampung.